Tuesday, August 5, 2008

Seminar



Salam wbt. dan selamat sejahtera buat warga SMJ yang dikasihi sekalian.
Kita selesai mengadakan program wajib bagi PMR dan SPM iaitu Seminar Teknik dan Taktik sepanjang bulan Julai lalu. Mulai 28 Julai kita mula mengadakan Seminar Kecemerlangan STPM bagi membolehkan semua calon STPM tahun 2008 ini mendapat input yang amat berguna bagi memantapkan teknik menjawab semua kertas yang diambil sejajar dengan kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia. Pada tahun ini kita berkongsi dengan SMK Temin buat julung kalinya bagi mengadakan Seminar ini agar pelajar dan guru dapat berkongsi ilmu sesama mereka.
Antara yang membentangkan kertas kerja dalam Seminar ini ialah guru-guru pemeriksan STPM SMK Jerantut sendiri dan juga jemputan dari sekolah luar. Kemuncak kepada seminar ini ialah Seminar Excell U STPM pada 5 Ogos yang dikendalikan sepenuhnya oleh Abang Raja yang merupakan pakar motivasi yang telah mengukir sejarah kecemerlangan STPM SMJ pada masa lalu. Kali ini kita jemput semua sekolah yang ada tingkatan enam di Jerantut iaitu SMKA TAHAP, Padang Saujana dan Temin bagi menyemarakkan kecemerlangan STPM daerah.
Saya berdoa dan berharap tuhan sentiasa membantu usaha kita yang sedikit ini dalam membantu pelajar yang inginkan kecemerlangan STPM.

No comments: