Friday, August 8, 2008

Seminar Ekonomi 1 STPM



Pada hari ini 9 Ogos kita akan berseminar buat kali terakhir dalam siri seminar STPM dengan menjemput Pn Hjh Suhiliah dari SMK Taman Melati KL
Minggu depan kita akan bercuti penggal dan saya harap tiada istilah cuti bagi pelajar STPM kerana masa semakin hamipir untuk kita bertarung demi memburu impian.
Kita harus berkorban masa senang kita, masa untuk tv, masa untuk tidor, chatting, sms dan sebagainya.
Jika kita berjaya atasi masalah malas dan pengaruh rakan sebaya kita akan jadi pelajar yang punya semangat untuk berusaha dengan gigih. Selamat berseminar ekonomi. Semoga dapat A.

Tuesday, August 5, 2008

Seminar



Salam wbt. dan selamat sejahtera buat warga SMJ yang dikasihi sekalian.
Kita selesai mengadakan program wajib bagi PMR dan SPM iaitu Seminar Teknik dan Taktik sepanjang bulan Julai lalu. Mulai 28 Julai kita mula mengadakan Seminar Kecemerlangan STPM bagi membolehkan semua calon STPM tahun 2008 ini mendapat input yang amat berguna bagi memantapkan teknik menjawab semua kertas yang diambil sejajar dengan kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia. Pada tahun ini kita berkongsi dengan SMK Temin buat julung kalinya bagi mengadakan Seminar ini agar pelajar dan guru dapat berkongsi ilmu sesama mereka.
Antara yang membentangkan kertas kerja dalam Seminar ini ialah guru-guru pemeriksan STPM SMK Jerantut sendiri dan juga jemputan dari sekolah luar. Kemuncak kepada seminar ini ialah Seminar Excell U STPM pada 5 Ogos yang dikendalikan sepenuhnya oleh Abang Raja yang merupakan pakar motivasi yang telah mengukir sejarah kecemerlangan STPM SMJ pada masa lalu. Kali ini kita jemput semua sekolah yang ada tingkatan enam di Jerantut iaitu SMKA TAHAP, Padang Saujana dan Temin bagi menyemarakkan kecemerlangan STPM daerah.
Saya berdoa dan berharap tuhan sentiasa membantu usaha kita yang sedikit ini dalam membantu pelajar yang inginkan kecemerlangan STPM.

Wednesday, July 16, 2008

Program bulan Ogos






PROGRAM EXCELL U 2008


Objektif Program ::

  • Menyedarkan para peserta tentang peri pentingnya kejayaan dalam bidang akademik bagi menjamin kejayaan dalam kehidupan pada masa-masa akan datang.
  • Membina sikap positif yang sepatutnya dimiliki oleh pelajar bagi menjamin kejayaan cemerlang masing-masing.
  • Meghilangkan sifat pemalu keterlaluan terutama untuk bertanya didalam kelas, berjumpa dengan pensyarah dsb.
  • Mengujudkan rasa keinsafan dan bersyukur diatas nikmat kemudahan pendidikan yang disediakan.
  • Menjana kemahiran berfikir kearah kematangan menyelesaikan masalah peribadi dan pembelajaran.
  • Mengetengahkan teknik-teknik belajar yang baru dengan satu alternatif pendekatan yang menarik dan efisien.
  • Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang harus dimiliki oleh semua pelajar ke arah merealisasikan warga penuntut yang mantap dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah rupa diri.
  • Melahirkan pelajar yang sentiasa menghargai dan bijak menguruskan masa serta belia / remaja yang sentiasa bercita-cita tinggi sejajar dengan aspirasi kerajaan iaitu ke arah pembentukan generasi berwawasan.
  • Memaparkan contoh dan teladan tersendiri yang dialaminya sewaktu dibesarkan serta keterlibatan di dalam aktiviti kokurikulum dan kejayaan dalam bidang akademik untuk dijadikan contoh dan peniup semangat kepada adik-adik yang masih menuntut / belajar


Sasaran Peserta ::

Wajib kepada semua calon STPM SMK Jerantut 2008 dan terbuka kepada pelajar lain yang berminat.


Pendekatan Program::

  • Jarak umur motivator yang masih muda dirasakan lebih berkesan di dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu berdasarkan teori pengaruh rakan sebaya (Peers Influence) berbanding dengan penyampaian daripada seorang ayah kepada anak seperti selalu diadakan oleh kebanyakan penceramah / motivator yang sedia ada.
  • Penggunaan bahasa yang mudah dan selari dengan frekuensi penerimaan sasaran.
  • Perkongsian ilmu dan pengalaman tersendiri menjadikan corak penyampaian lebih berkesan kerana segala yang diceritakan dialami sendiri oleh motivator.
  • Pendedahan terhadap perkembangan isu semasa yang terkini terhadap dunia pendidikan dan cabaran-cabarannya serta menyediakan ‘input-input’ yang pastinya segar ‘up-to date’ untuk para peserta.

Pengendali program ::

Raja Shamri bin Raja Husin dari Goldenmind Consultant; seorang pakar motivasi terkenal yang telah banyak menjalankan program peningkatan kemajuan diri (self-development) khusus untuk pelajar sekolah bersarama penuh, MRSM, sekolah harian, IPTA, IPTS, organisasi awam, swasta dan badan kebajikan.

Jawatankuasa program ::

Penaung : Tuan Pengetua

Penasihat : GPK Pentadbiran. GPK HEM dan GPK KOKO

Penyelaras : En. Mohd Fadhilah Zakaria

AJK : Semua Guru Kaunseling dan AJK Kelab Kaunseling

Tentatif program ::

8.30 Pagi Pengenalan Program

In-Person with Abg Raja Shamri

Teknik Gerak Tangan (Mind Balancing)

Pembentukan sikap / mental block / set the goals

9.30 Hidup yang sistematik / mengenali dugaan untuk berjaya

Peperiksaan oh peperiksaan / kenapa belajar?

Komunikasi pelajar vs guru / ibu bapa / rakan

10.30 Rehat

11.00 Teknik Membaca / use your fingers / coloring

SMART Student / Persediaan mental & fizikal

Reading as a habits(Enjoy Reading) / Disiplin diri

Budaya Belajar dlm. Kelas/ menanggani kerja rumah / latihtubi. Menanggani mengantuk / Let us use the MUZIK

Bersyukur dan membalas kesyukuran/ dah baca tak ingat / dah ingat tapi

lupa/ Gemuruh di dalam dewan peperiksaan

1.00 Ptg. Rehat / Makan tengah hari / solat zohor

2.15 Teknik membuat nota menjelang peperiksaan / nota dalam kelas / nota sendiri. Mencipta matlamat / IPTA antara kualiti dan kuantiti

Pengurusan masa / aku gila kuasa / kokurikulum vs akademik

Pengurusan diri/ prep oh prep / sudy group / kualiti yang dikira / persaingan yang sengit / dengan siapa kamu bersaing

4.00 Punca anda lemah dalam peperiksaan / bertanya dalam kelas /

Mengenali kerjaya / pemilihan kursus dan IPTA

Persediaan untuk exam / Menanggani Stress

Pecutan terakhir / melawan jin malas

Cabaran pendidikan semasa

Amanat Kepimpinan Chicago 1996

Kita boleh

Tips menanggani rasa malas dan mengekalkan motivasi

5.00 Sesi soal jawab

Gambar sekitar program yang lalu


Panduan kecemerlangan pelajar


SIRI SENTUHAN MINDA BERSAMA KAUNSELOR ANDA


SIRI 1


PENDORONG KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DIRI
Pendorong utama kejayaan dan kecemerlangan diri adalah diri anda sendiri. Semangat yang kuat disertai dorongan dalaman berupaya membantu mencapai segala hasrat dan cita-cita yang diidamkan. Itulah yang dinamakan MOTIVASI.

MOTIVASI merupakan kunci memperolehi pengetahuan dan inspirasi. Tanpa inspirasi manusia akan bersikap pesimis dalam hidup. Mereka mudah putus asa dan memandang negatif terhadap sekeliling. Tidak berinisiatif untuk menyelesaikan masalah yang mendatangi kehidupan mereka. HANYA INDIVIDU BERMOTIVASI SAHAJA YANG MAMPU MENGECAP MAKNA KEJAYAAN.


Kebanyakan manusia GAGAL dalam hidup bukan kerana mereka tidak mampu menghadapi dan mengatasi cabaran tetapi disebabkan manusia itu sendiri takut dan lari daripada menghadapi cabaran

SIRI 2


CIRI-CIRI SEORANG YANG BERMOTIVASI

1. BERANI MENGHADAPI MASALAH
Masalah merupakan fenomena biasa dan lumrah dalam hidup. Lari daripada masalah tidak akan memberi sebarang penyelesaian malah semakin membebankan. Untuk menjadi manusia bermotivasi, anda perlu bertindak mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut. ANGGAPLAH MASALAH SEBAGAI SATU CABARAN UNTUK MENJADIKAN HIDUP ANDA LEBIH MATANG DAN BERPENGALAMAN


2. BIJAK BERTINDAK

Seorang individu bermotivasi adalah individu tidak menangguhkan kerja yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Menggunakan masa dengan sebaik mungkin mengikut jadual pengurusan masa tanpa berpura-pura melakukan kerja untuk menunjukkan anda rajin sedangkan hasilnya tiada. Ia hanya akan merugikan anda sendiri


3. JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA

Jangan mudah menjadikan suatu kegagalan sebagai alasan mudah untuk berputus asa. Sebaliknya jadikan ia sebagai cabaran dan titik mula sebuah kebangkitan untuk mencapai kejayaan. Daripada episod kegagalan itulah kita jadikan pengalaman termahal untuk membina suatu kejayaan menuju kecemerlangan merangkul kegemilangan. INGATLAH


SUATUKEJAYAAN BUKANNYA DATANG DENGAN MUDAH. KEJAYAAN AKAN MUNCUL DARI PENAT LELAH PERJUANGAN UNTUK MENGHASILKAN SUATU KEMANISAN APABILA MENGECAP SEBUAH KEJAYAAN

PERSIAPAN KE ARAH MEMBURU KECEMERLANGAN

PENDAHULUAN

KECEMERLANGAN adalah sesuatu yang diidamkan setiap orang. Setiap manusia memburu kecemerlangan dan mahukan kecemerlangan. Tanyalah sesiapa sahaja, semua mahukan kecemerlangan. Terutama bagi menyatakan dengan lidah tetapi tidak terkesan di hati. Kemahuan yang sekadar di pinggiran. Usaha mencapai kecemerlangan adalah suatu perjuangan yang perlu dimantapkan dengan motivasi yang tinggi dan kesedaran yang mendalam.

HANYA MEREKA YANG MAMPU BERJUANG MENGHADAPI CABARAN DAN SANGGUP BERUSAHA SAHAJA YANG LAYAK MENGECAPI KEPUASAN NATIJAH SEBUAH KECEMERLANGAN.

KINI, HARI INI ANDA ADALAH PEJUANG-PEJUANG ITU UNTUK BERTARUNG DI PENTAS KECEMERLANGAN. PERTARUNGAN INI ADALAH SUATU PERJUANGAN DEMI MASA DEPAN.

BANGKITLAH PERBETULKAN SAF DAN BERJUANGLAH...............

MENGAPA PERLU BERJUANG

1. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum/bangsa kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada mereka.

2. Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu, sesiapa inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan dunia dan akhirat juga hendaklah dengan ilmu – maksud Hadis

KAEDAH HOLISTIK REMJA UNTUK KECEMERLANGAN

R - rohani E – emosi M – Minda R - rohani

1. INGAT TUHAN(PENCIPTA) untuk orang Islam, sebut Bismillah, dan ingat Allah boleh membantu kita berjaya pada bila-bila masa.

2. KENAL PASTI PUNCA KEGAGALAN DAN TEKANAN SEKARANG. RENUNG SEJENAK.

3. KAEDAH PERNAFASAN TENANG 3-2-5 (3 – TARIK , 2 – TAHAN, 5 – HEMBUS NAFAS) fokuskan pernafasan jantung. (untuk orang Islam, apabila menarik nafas sebuat dalam hati astaghfirullah – hal – azim) lakukan hingga anda berasa tenang ( 3 hingga sembilan kali).

4. PEJAM MATA DAN SEBUT DALAM HATI – insyallah dengan limpah kurnia tuhan:

Saya sentiasa ingat apa yang telah saya baca.

Insyallah saya berasa tenang dan dapat menjawab dengan cemerlang.

Insyallah saya beroleh keputusan yang cemerlang.

PILIH SATU YANG SESUAI.

5. BAYANGKAN DI MINDA ANDA, PERASAAN GEMBIRA DAN KEPUTUSAN POSITIF SEOLAH-OLAH ANDA SEDANG MENGECAPINYA.

Buka mata perlahan-lahan dan mulakan ulangkaji atau jawab soalan .

Petikan dari tulisan

(Dr Abdul Aziz Azimulah)

Kaunselor anda

Peranan kaunselor sebenarnya bukan seperti merawat pesakit yang sakit lalu diberikan rawatan kemudian sembuh, kehadiran kami dalam entiti sebuah organisasi sebagai pelengkap dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Kami bukan hanya membantu pelajar (klien) yang bermasalah tetapi lebih besar lagi ialah membantu semua pelajar dan warga sekolah mencapai kecemerlangan yang hakiki.

Justeru kehadiran blog kaunselorsmj ke dunia siber ini sebagai pelengkap kepada perkembangan teknologi ICT, semua orang bebas menghantar cadangan, komentar, pandangan serta lebih penting lagi sebagai wahana luahan isi hati setiap warga smj yang cintakan kecemerlangan.

Kami terdiri dari Hj.Mohd Fadhilah Zakaria (selaku penyelaras dan bertanggung jawab kepada pelajar stpm), Encik Ahmad Hatta Abdul Majid (bertanggung jawab kepada pelajar SPM) dan Pn Wai Mei Ling (bertanggung jawab kepada pelajar PMR, Ting.2,1 dan peralihan)

Kaunselor anda